Kereta Anda Bergegar Kuat?

Engine Mounting ialah komponen yang berfungsi menyokong enjin kenderaan pada casis dalam pelbagai saiz dan bentuk mengikut kepelbagaian keperluan. Tetapi fungsinya kekal sama, iaitu memegang atau mendakap enjin dan menyerap gegaran.

Material mounting enjin dihasilkan daripada logam dan getah. Bahagian logam mampu menahan tekanan dan tork yang dihasilkan enjin, manakala getah berfungsi menyerap gegaran. Ini kerana enjin menghasilkan banyak gegaran dalam operasi biasa dan sekiranya motor bermasalah, simptom gegaran akan jadi semakin ketara.

Image with design and be as a poster for my website. This poster act as a educational sharing, complete with logo for copyright purpose

Mounting enjin adalah komponen penting yang berfungsi memegang enjin pada casis. Simptom kerosakan hanya akan mula muncul disebabkan faktor usia, yang dipanggil haus dan lusuh (wear and tear). Apapun, ia juga bergantung kepada cara pemanduan atau kondisi tempat anda memandu seharian. Lagi kasar anda memandu, atau lagi teruk permukaan jalan tempat anda memandu, maka mounting enjin akan cepat haus dan rosak.

Secara normal, jangka hayat mounting enjin dapat bertahan sekurang-kurangnya lima tahun sebelum perlu menukar baharu.

Simptom yang menunjukkan mounting enjin anda sedang rosak ialah:

1. Enjin Bergegar
Ini simptom biasa boleh dikesan sebagai tanda awal mounting enjin sudah longgar. Cara mengesan, apabila kereta dalam situasi lahu seperti berhenti di lampu isyarat, anda dapat rasa stereng bergegar kuat. Cuba pandang cermin sisi, jika imej yang anda lihat nampak gegaran ketara, maknanya sudah tiba masa mounting diganti baharu.

2. Alignment Lari
Apabila mounting sudah haus atau rosak, agihan berat enjin jadi tidak sama rata dan boleh menyebabkan penjajaran kereta  tidak tepat. Anda juga akan lebih kerap melakukan penjajaran tayar. Dalam jangka masa panjang, komponen tayar mula terbeban.

3. Gear Bergegar
Mounting enjin terdiri daripada beberapa bahagian berasingan. Salah satunya terletak berhampiran kotak gear. Jika mounting tidak berfungsi baik, ia secara langsung akan menjejaskan kotak gear dan mampu merosakkan komponen itu. Apabila meletakkan tangan atas tombol gear, anda dapat rasa ia bergegar kuat.

Jika anda sudah mula rasa simptom kerosakan pada mounting, cepatlah bawa kereta anda diperiksa mekanik untuk ditukar.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *