Bila Masa Sesuai Tukar Timing Chain & Timing Belt?
Timing chain boleh bertahan sekurang-kurangnya sehingga 200000km tetapi anda perlu ingat timing rail model BMW F30 sebagai contohnya anggaran ketahanan maksimum 150000km kerana diperbuat dari plastik.
Timing chain terletak di dalam enjin. Jadi ia terendam sekali dengan minyak enjin. Jadi minyak enjin (minyak hitam) ditukar mengikut jadual dan menjaga kuantitinya dalam enjin, lagi lama rantai tersebut boleh bertahan. Pastikan anda ikuti cara penjagaan minyak hitam yang betul.
Timing Belt pula perlu ditukar setiap kali 90,000 km atau 100,000 km dan kos menggantikan belting yang baru agak mahal.
Kebiasaannya Timing Belt tidak bagi apa-apa tanda atau hint bila ia nak putus. Tiba-tiba saja ia boleh putus dengan sendiri. Sesetengah enjin, ia akan berbunyi. Untuk memastikan bunyi tersebut berpunca dari timing belt, anda jiruskan sedikit air paip pada timing belt yang sedang berputar.
Jika bunyi hilang semasa dibahasahi air tersebut, maka memang timing belt kereta anda wajib segera diganti. Apabila timing belt putus, ia akan melibatkan kos yang sangat tinggi kerana komponen-komponen dalam enjin banyak yang akan rosak, patah dan retak.
Jadi pastikan anda tukar timing belt tepat pada masanya.
Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan. Kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami. 😁🤝


