Perhatian Kepada Pengguna Vellfire, Alphard & Estima

Sejak pertengahan tahun 90-an lagi, Toyota mula gunakan balance shaft untuk kereta mewahnya. Dengan penggunaan balance shaft, pemandu dan penumpang akan rasa lebih selesa walau kereta bergerak lebih 180km/j.

Image with design and be as a poster for my website. This poster act as a educational sharing, complete with text describing about our company (logo, icon, type of service).

Sejak pertengahan tahun 90-an lagi, Toyota mula gunakan balance shaft untuk kereta mewahnya. Dengan penggunaan balance shaft, pemandu dan penumpang akan rasa lebih selesa walau kereta bergerak lebih 180km/j.

Balance shaft berfungsi untuk kurangkan gegaran yang dihasilkan akibat dari tekanan dinamik yang tidak seimbang pada piston enjin. Oleh kerana balance shaft bekerja keras sepanjang masa, ia boleh haus dan pecah. Sama seperti timing belt yang boleh crack dan putus lepas lama penggunaan. Antara kereta Toyota yang ada balance shaft ialah Estima ACR30, ACR50, Alphard ANH10, Vellfire ANH20, Camry 2.4 dan semua kereta yang berenjinkan 2.4 cc (2AZ-FE).

Disyorkan pengguna ganti balance shaft setiap 80,000 km – 100,000 km untuk elakkan balance shaft pecah di dalam.

Bila balance shaft pecah, habuk besi akan naik dan pergi ke pam minyak. Inilah salah satu punca enjin jem, makan crankshaft atau calar dan haus. Jika ini berlaku pada kereta anda, kos yang perlu anda tanggung lebih tinggi untuk overhaul enjin.

Daripada habis duit buat overhaul enjin, lebih baik elak masalah dari awal dan tukar balance shaft sebelum pecah. Kereta pun tak perlu tersadai lama di bengkel.

Cuba perhatikan tanda-tanda awal balance shaft Toyota anda sudah sampai masa untuk tukar seperti dibawah

1. Enjin bunyi kasar semasa kereta idle

2. Bunyi enjin yang kuat bila memecut atau hidupkan enjin waktu pagi sebab minyak hitam naik lambat

3. Lampu check enjin menyala

4. Enjin bunyi kasar semasa kereta bergerak

5. Kereta kurang pick-up dan lambat respond

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *