Bila Sepatutnya Tukar Spark Plug?
Secara amnya, spark plug kereta berfungsi menghasilkan percikan api bagi membantu menyalakan campuran bahan api dan udara dalam enjin. Spark plug yang berada dalam keadaan baik membantu membakar bahan api dengan lebih efisien. Namun sekiranya spark plug rosak, ia boleh menyebabkan masalah-masalah lain seperti enjin kereta sukar untuk dihidupkan.
Tanda-tanda Spark Plug Perlu Ditukar
1) Kuasa pecutan kereta berkurangan.
2) Kereta kuat makan minyak.
3) Enjin kereta tersedu-sedu atau semput.
4) Kuasa enjin bertambah atau berkurang secara tiba-tiba.
5) Enjin kereta bunyi kasar.
6) Kereta boleh start tapi tak hidup.


