BMW F30 Brake Pad & Brake Disc Replacement!

Pemandu yang bijak akan sentiasa peka dengan isyarat yang diberikan oleh kereta mereka. Brek yang diselenggara dengan baik insyaAllah dapat menyelamatkan nyawa. Jika ada sebarang masalah dikesan, sebaiknya anda segera membawa kereta anda ke bengkel yang mahir untuk diperbaiki.

Image with design and be as a poster for my website. This poster act as a educational sharing, complete with text describing about our company (logo, icon, type of service).

Berikut adalah tanda-tanda biasa yang harus anda beri perhatian tentang brek kereta anda..

1) Bunyi bising : Bunyi geseran, kisaran ataupun bunyi berdenting sewaktu menggunakan brek. Tidak kira macam mana bunyi sekalipun asalkan ia mula berbunyi sewaktu anda mengenakan brek harus diberikan perhatian segera.

2) Hilang Imbangan : Kereta anda hilang imbangan ataupun seperti di tarik ke bahagian kiri ataupun kanan jalan sewaktu mengenakan brek.

3) Pedal rendah : Pedal brek perlu ditekan sehingga menyentuh lantai kereta sebelum mula mencengkam.

4) Pedal tinggi : Anda perlu menekan sekuat hati sebelum brek mula mencengkam.

5) Terlalu sensitif : Brek diaktifkan terlalu cepat walaupun dengan sentuhan ringan pada pedal brek.

6) Gegaran : Pedal brek bergegar dan bergetar walaupun anda membrek dalam keadaan biasa.

7) Amaran lampu : Lampu amaran brek menyala pada paparan penunjuk papan pemuka kereta anda.

Kesimpulannya, janganlah sampai brek pad anda sudah bergesel dengan cakera baru mahu menukar pad brek. Geseran antara besi dengan besi akan mengakibatkan kerosakan yang besar pada cakera brek.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *