Sebelum Beli / Jual Used Car, Buat Inspection Dulu!
Pre-Purchase Inspection atau pemeriksaan kenderaan secara teliti yang dilakukan oleh bengkel berpengalaman sebelum dibeli yang melibatkan penjual kenderaan, pembeli dan bengkel.
Dengan menjalani proses pemeriksaan ini, takkan ada lagi rasa sangsi di antara penjual kenderaan dan juga pembeli. Hal ini kerana bakal pembeli mengetahui segala masalah yang ada pada kenderaan itu (jika ada).
Amat penting bagi semua jenis kenderaan lebih-lebih lagi yang berjenama mewah seperti BMW, Mercedes, Audi, dan seangkatan dengannya. Hal ini kerana kos untuk membaikpulih kenderaan seperti ini menelan belanja yang begitu tinggi. Benda boleh cegah, baik kita cegah.
Berminat? Hubungi kami untuk maklumat lanjut.


